Download Mukhtashar al-Muzani Pdf

Fiqih

Mukhtashar al-Muzani (مختصر المزني) PDF

Imam Abu Ibrahim, Ismail bin Yahya bin Isma’il al-Mishri al-Muzani (175-246H)
4.0

Deskripsi Kitab

Judul Mukhtashar al-Muzani (مختصر المزني)
Penulis Imam Abu Ibrahim, Ismail bin Yahya bin Isma’il al-Mishri al-Muzani (175-246H)
Bidang Studi Fiqih
Ukuran - Mb
Format Portable Document Format (PDF)
Download
Bantu sebarkan ilmu dengan 'berbagi postingan ini' dengan teman anda !

Tentang kitab Mukhtashar al-Muzani (مختصر المزني)

Kitab Mukhtashar al-Muzani (مختصر المزني) merupakan sebuah kitab fiqh utama dalam mazhab al-Syafi’i. Ia merupakan karya Imam Abu Ibrahim, Ismail bin Yahya bin Isma’il al-Mishri al-Muzani (175-246H), yang terkenal dengan gelaran Imam al-Muzani. Beliau merupakan murid dan sahabat utama kepada Imam al-Syafi’i ketika di Mesir. Beliau terkenal sebagai seorang yang warak, zuhud, menjauhi keduniaan dan seorang yang mustajab doanya. Beliau diberi gelar “Nashir al-Mazhab” (Penolong Mazhab) dan “Badr al-Mazhab” (Bulan Purnama Mazhab). Gelaran beliau itu berdasarkan pengakuan Imam al-Syafi‘i yang berkata: “الْمُزَنِى نَاصِرُ مَذْهَبِى - al-Muzani adalah penolong mazhabku ”. Beliau salah seorang murid Imam al-Syafi‘i yang disebut sebagai gunung ilmu, banyak menulis, menyebarkan ilmu di bumi Mesir dan tidak pernah pergi ke mana-mana tempat lain sehinggalah meninggal. Ini bertepatan dengan kata-kata Imam al-Syafi‘i kepada al-Muzani semasa hidupnya; “Adapun engkau wahai Muzani akan tetap tinggal di Mesir ini.” Sesuai dengan gelaran Penolong Mazhab Syafi‘i, al-Muzani mewariskan banyak kitab mazhab ini. Antara lain al-Jami’ al-Kabir, al-Jami’ al-Shaghir, al-Mukhtashar, al-Mantsur, al-Masa’il al-Mu‘tabarah, al-Targhib fi al-‘Ilm, Kitab al-Watsa’iq, Kitab al-‘Aqarib, dan Kitab Nihayah al-Ikhtishar.

Post a Comment

Lebih baru Lebih lama